Pages

FREE PALESTINE

Monday, February 28, 2011

Lebarkan Sayapmu

Lebarkan Sayapmu
(dedikasi buat para pelajar Tingkatan 2A2, Tingkatan 2A7 & lain-lain Tingkatan 2 SMK St. Teresa)

Hari-hari yang berlalu
meniti senyum dan tawa
dalam masa bersama
singkatnya pertemuan kita.

Masih ingin kukenali
setiap raut wajah
pelbagai warna tercalit di muka,
apa pula di mindamu
wahai anak muda?

Hari mendatang hasih terang
langit biru kau ingin terbang
menjangkau awan gemilang,
wahai puteri-puteri St. Teresa,
lebarkan sayapmu meneroka dunia.

Semoga kau teruskan cita
jayalah mencapai harumkan nusa.

25 Februari 2011
SMK St. Teresa, Kuching



Catatan: Selamat maju jaya dalam Peperiksaan Pertengahan Penggal 2011 1 -5 Mac 2011

3 comments: