Pages

FREE PALESTINE

Tuesday, October 6, 2009

Oktober telah tiba

Hujan lebat yang sering turun di sebelah petang dalam minggu ini membawa penegasan yang tersendiri bahawa sekarang telah tiba musim tengkujuh. Pada musim ini kebiasaannya akan berlaku hujan yang banyak dan kadang-kala berlaku tiupan angin yang kencang. Bagi kami yang tinggal di kawasan tepi pantai sudah tentu akan bersiap sedia dengan musim ini.

Pagi tadi semasa saya keluar dari rumah untuk ke kelas, aku melihat air di dalam parit penuh hingga menghampiri paras atas pembentung kami. Aku membayangkan jika berlaku hujan sekali lagi pada petang ini sudah tentu paras air akan meningkat. Lebih menakutkan ialah kalau dalam hujung minggu ini hujan terus turun mungkin minggu depan akan berlaku banjir.

Apapun, biarlah masa menentukan. Nampaknya persiapan untuk menghadapi banjir perlu dimulakan dari sekarang.

0 comments:

Post a Comment