Just now I came across to one advertisement looking for Freelance Writer. The pay is quite fair and honestly I'm interested to it. But, I have some problem: I never write in English.
I mean, all this while I keep writing in Malay trying to protect my language. Its the pride of nation, the pride of my people, the pride of me.
I can write in English. Yes, I know it. I learn English from primary school, secondary school, then later in University. I tooked English - Technical Report Writing for my English optional subject while my friends prefer English - Public Speaking.
From now on, I will write in English: 1-to improve my language skills. 2-to open opportunity to become a better writer.
Hm, Japanese? Maybe some other time.
Wednesday, February 3, 2010
Thursday, January 21, 2010
Sungai Batu - prolog
Kampung saya terletak kira-kira lebih 25 kilometer ke utara bandaraya Kuching. Anda perlu memandu lebih kurang dua puluh ke tiga puluh minit keluar daripada pusat bandaraya. Kalau anda meneruskan perjalanan lebih kurang lima belas minit ke hadapan, anda akan sampai ke pusat pelancongan Damai yang antara lain terdiri daripada kelab golf, resort, pantai serta muzium kebudayaan yang sangat terkenal: Kampung Budaya Sarawak.
Seingat saya, keluarga kami mula mendiami kampung tersebut sejak tahun 1996. Saya mengatakan begitu kerana rumah yang kami miliki sekarang didirikan pada tahun tersebut. Ketika itu saya di Tingkatan 3 dan berusia lima belas tahun (enam belas pada Oktober). Adik bongsu saya pula berusia lima tahun. Dia masih kecil ketika itu.
Ketika itu bekalan elektrik belum ada. Kami bergantung kepada lampu pam dan beberapa buah lampu minyak tanah. Lampu pam itu digunakan untuk menerangi ruangan yang besar seperti dapur dan ruang tamu manakala lampu minyak tanah pula digunakan untuk menerangi ruang yang hanya digunakan sementara seperti bilik tidur dan tandas. Saya dan adik beradik lelaki ketika itu tidur di ruangan tamu kerana hanya ada dua bilik untuk ibu bapa dan adik beradik perempuan.
Bekalan air pula kami dapatkan dari sebuah telaga yang terletak bersebelahan dengan rumah kami. Di situlah kami mandi dan ibu mencuci pakaian. Air bersih diambil dari Kampung Buntal, tempat bapa saya bekerja. Sekarang telaga itu sudahpun ditimbus.
Pada tahun berikutnya, kami berpindah ke Kampung Telaga Air kerana bapa saya dipindahkan ke Projek Akuakultur LKIM, Telaga Air. Rumah kami didiami oleh nenek dan Allahyarham datuk. Kami menetap disana untuk beberapa tahun hinggalah kami kembali ke kampung apabila bapa dipindahkan sementara ke ibu pejabat di Kuching.
Begitulah serba sedikit tentang kampung saya. Insya-Allah saya akan berkongsi lagi di artikel yang lain pula.

Sunday, November 29, 2009
Membina kapasiti dengan bersolat.
Pendahuluan
Sebenarnya artikel ini sudah lama ditulis iaitu sekitar Mac tahun ini. Saya kongsikan bersama rakan-rakan sepejabat di YSC, Bangsar. Kini saya akan kongsikan pula disini bersama-sama anda.
***
Membina kapasiti dengan bersolat
oleh Aidil Farmi bin Mohamad
Buku ‘The 7 Habits of Highly Effective’ people tulisan Dr Stephen R. Covey memperkenalkan tabiat yang baik untuk ditanam dalam diri setiap manusia. Karya beliau yang pertama kali terbit pada tahun 1989 ini telah berulangkali dicetak Dan memberi kesan yang besar kepada dunia pengurusan organisasi Dan peribadi. ‘7 Habits’ mencetuskan fenomena hingga beliau sejak sedekad yang lalu sering dijemput untuk memberi ceramah tentang buku beliau.
Walaupun ‘membina kapasiti’, atau dalam istilah Dr Covey, Sharpen the saw, ialah tabiat ketujuh, ia tidak bermakna tabiat tersebut kurang penting. Ini kerana setiap satu tabiat itu Ada kepentingannya sendiri. Malah ia lebih bersifat holistik (whole is greater than all sum).
Satu contoh mudah untuk menggambarkan peri pentingnya membina kapasiti ialah melalui cerita tukang kayu dengan gergajinya:
‘Ada sekumpulan tukang kayu yang bekerja menebang pokok di hutan. Di kalangan mereka ada seorang lelaki muda yang penuh semangat dan bertenaga. Tubuhnya sasa dan tegap, sesuai dengan pekerjaannya yang kasar itu. Sebagai orang baru yang hendak memulakan kerja, dengan bangganya dia berkata “Hari ini aku akan bekerja bersungguh-sungguh dan menebang pokok sebanyak mungkin”.
Tukang kayu yang lain teruja dengan semangat yang ditunjukkan oleh lelaki itu lalu mengucapkan ‘selamat berjaya’ kepadanya.
Di hutan, mereka turun lalu memulakan kerja masing-masing. Pagi itu satu persatu pokok tumbang. Sebentar saja matahari sampai ke tanah dek cepatnya lelaki itu menebang pokoknya. Sebaliknya, tukang kayu yang lain kerap berhenti dan berbual sesama mereka. Selepas dua tiga pokok, mereka akan berhenti.
“Ah! Aku tak boleh berhenti macam mereka,” kata pemuda itu sendirian.
Selepas rehat tengahari, pemuda tadi mula merasa penat kerana pokok yang ditebangnya menjadi semakin ‘keras’. Dia perlu menggunakan tenaga yang banyak untuk menebang sebatang pokok sedangkan tukang kayu yang lain masih menebang pokok dengan kadar/kecepatan yang sama. Cuma seperti pagi tadi, mereka akan kerap berehat.
Akhirnya selepas menebang satu pokok dalam masa hampir sejam, pemuda itu merasa sangat letih lalu duduk di kabin rehat mereka. Beberapa minit kemudian kedengaran tukang kayu yang lain datang menghampirinya lalu duduk rehat bersama-sama. Dia dipelawa menikmati teh yang mereka bawa masing-masing dari rumah.
Selepas menikmati teh yang menyegarkan itu, dia berpendapat bahawa rahsia mereka tidak letih ada pada teh tersebut. Apabila pemuda itu menyuarakan pendapatnya, tukang kayu yang lain ketawa.
“Mana ada. Itu teh biasa yang kita minum di rumah,” kata salah seorang daripada mereka.
“Habis tu, macam mana kamu masih bertenaga hingga petang begini. Takkan pokok-pokok yang kamu tebang semuanya lembut-lembut belaka.”
“Kalau kami nak tahu, itulah rahsianya,” kata salah seorang daripada mereka sambil menunding ke arah sebuah pengasah gergaji di belakang kabin itu.
Moral daripada cerita diatas ialah Kita perlu sentiasa mengasah ‘gergaji’ supaya hasil kerja kita sentiasa dalam keadaan terbaik. Dalam hal ini, Kita perlukan tubuh badan yang sihat dan akal yang sempurna untuk menghasilkan sesuatu. Selain itu, peralatan yang Kita gunakan mestilah terkini serta tidak ketinggalan zaman.
Di pejabat misalnya, jika kita bekerja secara berterusan, sudah pasti akan keletihan. Kajian mengatakan otak manusia akan berada di tahap terbaik pada empat puluh lima minit pertama melakukan sesuatu kerja. Selepas itu tumpuan akan berkurangan. Cara terbaik ialah berehat seketika untuk mengembalikan tumpuan tersebut.
Selain itu, tubuh badan memerlukan senaman agar ia sentiasa cergas. Kalau tidak, pastilah ‘gergaji’ Kita tumpul dan badan lesu tidak bermaya. Sekurang-kurangnya seminggu tiga kali bersenam dan setiap kali bersenam itu memadai selama tiga puluh minit.
Pemikiran seseorang juga perlu senaman. Banyak permainan yang menguji akal minda seperti catur, dam, soduku serta teka-teki yang boleh digunakan. Namun cara terbaik ialah dengan membaca buku kerana ia dapat meningkatkan daya imaginasi serta ingatan seseorang. Selain itu membaca juga dapat memupuk sifat ingin tahu seseorang kerana apabila membaca buku, Kita akan bertemu fakta-fakta atau ilmu baru yang membuka keinginan kita untuk mencari ilmu sokongan terhadap bahan bacaan kita tadi.
Akhir sekali diharap kita tidak memandang remeh terhadap aktiviti seperti membaca, bersenam ataupun berehat seketika selepas menumpukan perhatian terhadap sesuatu pekerjaan. Sebagai serorang umat Islam, cara paling baik untuk berehat seketika daripada rutin pekerjaan ialah dengan bersolat sunat dua rakaat kerana didalamnya Kita menguji ingatan (menghafal surah), bersenam (pergerakan dalam solat) Dan juga rehat daripada memikirkan kerja (mengalihkan tumpuan daripada dunia kepada Allah).
Wallahualam.
7 tabiat orang-orang cekap.
1. Menjadi proaktif
2. Membuat perancangan
3. Memberi keutamaan kepada hal yang penting
4. Menang/menang
5. Mendengar Dan memberi penjelasan dengan baik
6. Sinergi
7. Membina kapasiti
Dipetik dari ‘The 7 Habits of Highly Effective People’.

Monday, November 9, 2009
Kalau rezeki nak datang
Beberapa bulan selepas meninggalkan tempat kerja lama di Bangsar, keadaan hidup saya tidak teratur dan menyedihkan. Saya tiada kerja, tiada duit dan hanya berharap kepada beberapa sumber tertentu untuk meneruskan hari-hari saya yang berlalu. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk membantu perniagaan Bg Ali di Hentian Kajang. Sekurang-kurangnya saya ada tempat berteduh sambil mengatur semula gerakan selepas itu.
Pada bulan Ogos, saya mendapat berita menyedihkan iaitu datuk saya meninggal dunia. Saya tak sempat berada disana semasa mereka menurunkan jenazah beliau kerana saya masih di Bintulu ketika itu. Pada pagi tersebut, sekitar jam 8 pagi, saya telah membeli tiket yang akan bertolak pada pukul 11 malam. Sekitar jam 10 pagi barulah saya menerima berita tentang kematian allahyarham.
Saya tidak mempunyai pekerjaan waktu itu. Maksud saya, saya tidak terikat dengan mana-mana jadual kerja sebaliknya saya membantu ayah di kebun dengan mengusahakan pelbagai tanaman. Waktu itu saya mula terfikir untuk berniaga kerana tak semestinya terikat dengan orang lain barulah boleh mencari duit. Asalkan kita melakukan sesuatu sudah pasti Allah akan menunjukkan jalan kearah rezeki.
Tak berapa lama kemudian saya mendapat tahu di surat khabar bahawa kerajaan sedang menjalankan program Train & Place. Saya pun turut serta dan disana saya mempelajari tentang Pengurusan Pemasaran. Fikiran saya lebih terbuka tentang perniagaan dan saya kini lebih yakin dari segi pengurusan diri. Apa yang paling penting sekali ialah kita mengenali siapa diri kita, tahu arah tuju, kemudian yakin dengan apa yang dirancang dan dilaksanakan dengan baik tentu kejayaan akan tercapai.
Ketika itulah saya akur pada keadaan diri. Saya ialah seorang graduan perakaunan. Jika saya meneruskan cita-cita saya membuka firma akauntan sendiri, saya yakin akan ada firma yang sesuai untuk saya. Lantaran itu saya teruskan memohon kerja di semua firma akauntan yang ada di Kuching. Alhamdulillah, usaha saya berhasil. Sekarang saya sedang berkhidmat di G.H. Ee dan Rakan-rakan.
Saya berniat untuk meneruskan cita-cita ini supaya nanti dapat meneruskan hasrat saya mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. Selain itu saya juga berharap satu hari nanti dapat mengumpul duit menghantar orang tua saya naik haji serta membina rumah yang sesuai untuk anak-anak saya.
Barangkali niat saya yang baik itu maka Allah telah memberi peluang yang lain pula. Dalam tempoh kurang daripada sebulan (iaitu dari 11 Okt hingga sekarang) yang lepas saya mula mendapat panggilan temuduga. Namun saya tidak dapat memenuhinya kerana semuanya jauh dari Kuching. Satu, datangnya dari firma audit di Sunway sebagai Audit Assistant. Kedua, sebuah syarikat pengurusan aset di Bukit Damansara memanggil saya untuk temuduga pada minggu ini. Sebentar tadi, selepas waktu makan tengahari, saya menerima panggilan daripada Utusan Melayu untuk temuduga pada 11 November.
Wah! Itulah rezeki kalau nak datang sampai tak tahu apa nak dibuat dengannya.

Tuesday, October 6, 2009
Oktober telah tiba
Hujan lebat yang sering turun di sebelah petang dalam minggu ini membawa penegasan yang tersendiri bahawa sekarang telah tiba musim tengkujuh. Pada musim ini kebiasaannya akan berlaku hujan yang banyak dan kadang-kala berlaku tiupan angin yang kencang. Bagi kami yang tinggal di kawasan tepi pantai sudah tentu akan bersiap sedia dengan musim ini.
Pagi tadi semasa saya keluar dari rumah untuk ke kelas, aku melihat air di dalam parit penuh hingga menghampiri paras atas pembentung kami. Aku membayangkan jika berlaku hujan sekali lagi pada petang ini sudah tentu paras air akan meningkat. Lebih menakutkan ialah kalau dalam hujung minggu ini hujan terus turun mungkin minggu depan akan berlaku banjir.
Apapun, biarlah masa menentukan. Nampaknya persiapan untuk menghadapi banjir perlu dimulakan dari sekarang.

Memuat naik (upload) gambar di internet
Ada banyak tempat untuk kita menyiarkan gambar di internet. Ramai yang melakukannya di komuniti internet seperti facebook, friendster dan sebagainya. Namun begitu saya telah memulakan kerja-kerja memuatnaik beberapa gambar yang saya ambil pada hari raya yang lalu di flickr untuk koleksi.
Anda boleh klik di sini untuk melihat gambar-gambar tersebut.

Saturday, September 26, 2009
Sajak-sajak rindu buat kekasih
Baru-baru ini saya melengkapkan satu rantaian sajak yang saya berikan nama sebagai 'Sajak-sajak rindu buat kekasih'. Rantaian itu telah disiarkan di eSastera.com di bawah komuniti Penyair. Walaubagaimanapun saya ingin menyiarkan kesemuanya sekali lagi di sini.
Melupakan
Di tebing kepastian,
aku singgah
sebelum meneruskan perjalanan
hulu kebenaran kucari
demi mendiami taman cinta
yang putih.
aku tak mahu lagi
menanti di pantai sepi
yang selalu dipukul ombak rindumu
setiap kali kau tiupkan angin kemaafan.
Ketika bulan kelam berbalam
kuhanyutkan kecintaan lalu
di sungai sengajalupa
biar bisa belayar jauh
lepas ke laut kenangan
tak perlu
aku layarkan kapal ingatanku
mencarimu disana.
22 November 2007
Jalan Satok, Kuching
Subuh itu hujan rindu jatuh
aku menarik perlahan
26 Januari 2008
Bintang malam
gugusan memori
perjalanan ini perlu padu
kerana aku redha
terus tenggelam disana
kerinduan padanya.
10 Mei 2008
Sungai Batu, Kuching
Dari Jendela Rindu
Sesekali bila menjenguk keluar
melihat taman kenangan
dari jendela rindu,
masih jelas di mata memori
kemesraan antara kita
Bunga-bunga bahagia
Cuma aku tak pasti
bila agaknya tiba
ribut pemusnah taman kita
kerana semalam dan hari sebelumnya
aku menjenguk
dari jendela ini,
melihat jelas kemesraan antara kita.
16 Ogos 2008
Subang Jaya
Langit
kulihat ada pelangi bahagia
dipancar mentari cintamu
di hujung gerimis kenangan
aku mendekat erat
kulukis kanvas kehidupan
dari warna indah itu
seketika aku terleka.
tiba-tiba aku terkedu,
bila berpaling,
melihat gerimis kita
dan mentarimu telah senja.
yang tinggal hanya aku
dipayungi langit rindumu.
Bangsar
5 Disember 2008
semalam aku terbangun dari realiti
hujan rindu yang turun terlalu lebat
pagi tadi aku terbangun dari mimpi
Jalan Puchong
Kerdip bintang
Kalau melihat bintang di langit malam
carilah yang paling terang berkerdip
barangkali itu rinduku padamu
setelah kita lama terpisah.
Jarak antara kau dan aku
barangkali juga sejauh bintang itu
dan bumi ini.
Bila siang tiba
lupakan saja kenangan kita
walaupun barangkali nanti
di malam sunyi
bintang terang berkerdip lagi.
21 Mac 2009
Kajang
Hujan tengahari di Kuala Lumpur
hatiku basah merinduimu
di kejauhan.
Mencarimu
aku cuba mencarimu di hujung talian
ketika detik pagi mencecah dinihari
hanya puisi bersuara
sunyi berhembus lembut.
tanpa nafas dan keluhanmu
keheningan ini memekakkan telinga.
aku melihatmu di seberang jalan
aliran trafik ini memisahkan kita,
aku berdiri di sini kesali kesilapan lama.
bingit manusia dan kereta bikin aku
sepi tanpamu.
hanya ketika aku singgah di pulau memori
barulah dapat aku sentuh lembut wajahmu dan
mendengar bisik gemersik suara.
ah! aku terpaksa berangkat segera,
bahtera realiti tak bisa berlabuh lama.
Jalan Bangsar
2 April 2009
Maaf,
Maaf,
ia benar-benar
berakhir.
Maaf,
Maaf,
Jalan Stampin, Kuching.
Ya, akhirnya saya telah melupakannya...
***
Melupakan
Di tebing kepastian,
aku singgah
sebelum meneruskan perjalanan
hulu kebenaran kucari
demi mendiami taman cinta
yang putih.
aku tak mahu lagi
menanti di pantai sepi
yang selalu dipukul ombak rindumu
setiap kali kau tiupkan angin kemaafan.
Ketika bulan kelam berbalam
kuhanyutkan kecintaan lalu
di sungai sengajalupa
biar bisa belayar jauh
lepas ke laut kenangan
tak perlu
aku layarkan kapal ingatanku
mencarimu disana.
22 November 2007
Jalan Satok, Kuching
***
Hujan Subuh
Subuh itu hujan rindu jatuh
di atap ingatanku,
kulihat ada juraian kemaafan
di jendela simpatiku.
aku menarik perlahan
sembunyi wajah rindu
di sebalik selimut kepuraanku.
26 Januari 2008
***
Bintang malam
gugusan memori
berkerdipan di angkasa ingatanku
sesekali cahayanya membias mengusik rindu
yang lama tenang tenggelam
di tasik harapan.
perjalanan ini perlu padu
telah tentu tujutak bisa leka
diganggu kerdip bintang angkasa.
kerana aku redha
terus tenggelam disana
kerinduan padanya.
10 Mei 2008
Sungai Batu, Kuching
***
Dari Jendela Rindu
Sesekali bila menjenguk keluar
melihat taman kenangan
dari jendela rindu,
masih jelas di mata memori
kemesraan antara kita
Bunga-bunga bahagia
kembang mekar mewangi
di setiap pohon cinta
yang menghiasi taman itu.
Cuma aku tak pasti
bila agaknya tiba
ribut pemusnah taman kita
kerana semalam dan hari sebelumnya
aku menjenguk
dari jendela ini,
melihat jelas kemesraan antara kita.
16 Ogos 2008
Subang Jaya
***
Langit
kulihat ada pelangi bahagia
dipancar mentari cintamu
di hujung gerimis kenangan
aku mendekat erat
kulukis kanvas kehidupan
dari warna indah itu
seketika aku terleka.
tiba-tiba aku terkedu,
bila berpaling,
melihat gerimis kita
dan mentarimu telah senja.
yang tinggal hanya aku
dipayungi langit rindumu.
Bangsar
5 Disember 2008
***
antara realiti dan mimpi
semalam aku terbangun dari realiti
melihat kau kembali mencari cinta
yang telah lama kita kuburkan di taman kekeliruan.
hujan rindu yang turun terlalu lebat
meruntuhkan bukit keegoan
dan aku pun mencarimu.
pagi tadi aku terbangun dari mimpi
melihat kau tiada di sisi.
Jalan Puchong
11 Rabiulawal 1430H
***
Kerdip bintang
Kalau melihat bintang di langit malam
carilah yang paling terang berkerdip
barangkali itu rinduku padamu
setelah kita lama terpisah.
Jarak antara kau dan aku
barangkali juga sejauh bintang itu
dan bumi ini.
Bila siang tiba
lupakan saja kenangan kita
walaupun barangkali nanti
di malam sunyi
bintang terang berkerdip lagi.
21 Mac 2009
Kajang
***
Basah
Hujan tengahari di Kuala Lumpur
hatiku basah merinduimu
di kejauhan.
6 April 2009
Jalan Bangsar
***
Mencarimu
aku cuba mencarimu di hujung talian
ketika detik pagi mencecah dinihari
hanya puisi bersuara
sunyi berhembus lembut.
tanpa nafas dan keluhanmu
keheningan ini memekakkan telinga.
aku melihatmu di seberang jalan
aliran trafik ini memisahkan kita,
aku berdiri di sini kesali kesilapan lama.
bingit manusia dan kereta bikin aku
sepi tanpamu.
hanya ketika aku singgah di pulau memori
barulah dapat aku sentuh lembut wajahmu dan
mendengar bisik gemersik suara.
ah! aku terpaksa berangkat segera,
bahtera realiti tak bisa berlabuh lama.
Jalan Bangsar
2 April 2009
***
Melupakan akhirnya
Maaf,
ikhlas hati ini
padamu.
Maaf,
sampai di sini
ingatanku.
Maaf,
ia benar-benar
berakhir.
Maaf,
aku tak kuat
menunggu.
Maaf,
takdir kita berdua
buntu.
Maaf,
semua kenangan syahdu
berlalu.
24 September 2009Jalan Stampin, Kuching.
Ya, akhirnya saya telah melupakannya...
Subscribe to:
Posts (Atom)